"Doktor Kata 50/50 Untuk Hidup" - Uchee Fukada Dedah Hidap Kanser Usus, Rambut Beruban Disebabkan ...
Amri Hassan
27/06/2021 12:15 MYT
27/06/2021 12:15 MYT
Pelakon Uchee Fukada mendedahkan dia pernah didiagnosis menghidap kanser usus sekitar lima tahun lalu.
Cerita Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah, 30, tahun 2016 menjadi titik hitam dalam hidupnya apabila doktor tidak mampu memberi jaminan hayatnya.
"Let me share something to you guys. My life experience. Kehidupan iolls kalini adalah peluang kedua yang Allah beri untuk perbetulkan semula diri ini supaya jadi manusia yang makin penuh rasa bersyukur and rasa mencukupi.
"2016 is my darkest phase in my life. Masatu out of nowhere, sakit. Doctor kata 50/50 untuk hidup. After operation, koma 24 jam. Masuk ICU tiga minggu. Kena tebuk kat leher untuk makan sepanjang kat hospital.
"Keluarga dan kawan datang melawat baca surah Yasin je. Masuk wad biasa selama sebulan. Tak boleh kerja selama setengah tahun.
"Makan steroids sehari 20 biji untuk kurangkan rasa sakit. Fisioterapi selama dua minggu untuk belajar jalan balik. Belajar untuk bernafas normal balik. Makan bubur selama setahun.
"Tak kerja setengah tahun untuk recovery, guna insurance sampai habis untuk tanggung belanja medical. Kemoterapi sebanyak dua kali. Bila dah kuat sikit, sambung kerja," kongsinya.
Bagi mengelakkan sakit itu kembali, Uchee perlu mengelakkan tekanan, penat dan bekerja di bawah terik matahari.
Perkara menggembirakan pelakon drama rantaian Takdir Yang Tertulis itu apabila disahkan bebas dari kanser pada tahun 2018.
Kesan daripada rawatan kanser juga menyebabkan penurunan berat badan sehingga 40 kilogram.
Justeru, Uchee mengingatkan orang ramai agar tidak lagi mengajukan persoalan tentang bentuk fizikalnya termasuk keadaan rambut beruban.
"Jangan tanya kenapa berat aku naik(from 40kg to 65kg). Jangan tanya kenapa kepala aku beruban kerana ia mungkin kesan sampingan steroid.
"Jangan tanya kenapa itu kenapa ini. Semua orang ada fasa kehidupan masing-masing. Don’t judge people, DON’T BODY SHAMING! Korang tak tahu apa seseorang dah pernah hadap, don’t judge! Jaga mulut, jaga peribadi ok bebeh!" pesannya.
Uchee turut mendedahkan luahan hatinya yang tersinggung dengan komen yang ditulis salah seorang rakannya di Instagram.