Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana akan pengsan pada bila-bila masa meskipun sedang duduk.

Nadzmi berkata keadaan Ardell yang lemah sebegitu membuatkan doktor menasihati isterinya untuk berkerusi roda.

“Doktor kata bila-bila masa sahaja dia (Ardell) boleh pengsan meskipun waktu dia sedang duduk sahaja , pun boleh pengsan.

“Doktor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil. Come on sayang you can do it,” tulisnya
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Nadzmi memuat naik rakaman video isterinya sedang duduk di lantai sambil berehat di sebuah pusat membeli belah.

Nadzmi memberitahu Ardell yang kini sedang hamil seorang yang kuat semangat melawan sakitnya.

“Dia selalu cabar diri untu berjalan kaki 2 kilometer lebih sehari kuat betul semangat dia ni .Tapi tak tercapai.

“Tak mengapa sayang cuba lagi cuba lagi dan cuba lagi! Awak boleh!”katanya lagi.

Pasangan ini berkahwin pada 1 September lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan.



Doctor kata bila bila masa je dia boleh pengsan even waktu dia duduk sahaja , pun boleh pengsan. Doctor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil ? Come on sayang you can do it ? Dia selalu cabar diri dia jalan kaki 2KM lebih sehari kuat betul semangat dia ni .Tapi tak tercapai ? Takpe sayang cuba lagi cuba lagi dan cuba lagi !!! ??? awak boleh ! You are one of the strongest women ive meet since we were still best friend years ago ☺️ @ardellaryana

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on