Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya, Ardell Aryana dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat dan suhu badan yang agak tinggi.

Adhwa memberitahu berita tersebut menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya hari ini.

Entri tersebut turut disertakan dengan foto yang merakamkan Ardell sedang tersenyum walaupun terbaring di atas katil hospital.

“Doktor kata suhu badan awak agak tinggi tapi tidaklah setinggi suhu cinta saya pada awak. Tak boleh lama lama sebelah awak kang roboh katil,” tulisnya.

Doctor kata suhu badan awak agak tinggi tapi tidaklah setinggi suhu cinta saya pada awak ❤️? . Tak boleh lama lama sebelah awak kang roboh katil ?

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Ardell.

“Sweetnya… Moga Ardell sayang sihat-sihat sahaja ea... Moga kasih sayang kalian sampai ke Jannah...” doa @zaujah_deenmzdeen

“Semoga diberi kesihatan yang berpanjangan buat Ardell… Amin,” tulis @noordiyanah_ismail

Terdahulu, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.