Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Doktor Suruh 'Standby Anytime' Je, Luruh Jantung Aku Sebagai Ibu" - Ozlynn Kongsi Pengalaman Melawat Anak Chot XOXO

Rozaimi Zubaidi
08/10/2018 09:18 MYT
Pelakon Ozlynn berkongsi pengalaman ketika menziarahi anak pelawak dan penyampai radio Chot (XOXO), Muhd Sher Harraz ketika berada di hospital semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn menceritakan pengalaman sedihnya ketika sempat melawat Harraz buat kali terakhir.

"Ya Allah, hebat betul ujian yang kau berikan pada pasangan nih. Sejujurnya hati nih memberontak nak sangat bertemu baby Harraz. Sehari demi sehari, Alhamdulillah, Allah permudahkan semalam.

"Tapi bila kaki melangkah masuk ke NICU Hospital Besar Melaka. Ibu Harraz sedang meriba baby Harraz tapi air mata laju jatuh. Perkataan pertama yang dengar, "Doktor suruh standby, anytime je". Allahu, luruh jantung aku sebagai seorang ibu.

"Hati rasa berat seolah tidak boleh bernafas seketika. Baby Harraz lahir pada 13 Jun dan baby Moleiq pada 17 Jun. Mereka sebaya, ibu Harraz cakap, "Kak, lepas lahirkan dia saya tak dapat pegang dia langsung. Semalam baru dapat. Saya tak boleh stay dengan baby". Aku terus terfikir. Ya Allah, sepanjang berpantang ibu sorang-sorang baby tak ada disisi. Sakit ye... sakit.

Ya Allah, hebat betul ujian yg kau berikan pada pasangan nih.. sejujurnya hati nih memberontak nak sgt bertemu baby harraz.. sehari demi sehari, alhamdulillah.. Allah permudahkan semalam.. tp bila kaki melangkah masok ke nicu hosp besar melaka.. ibu Harraz sedang meriba baby harraz tp air mata laju jatuh.. perkataan pertama yg dgr.. “doctor suruh standby.. anytime je” Allahu, luruh jantung aku sbg seorg ibu.. hati rasa berat seolah x boleh bernafas seketika.. baby harraz lahir pada 13 june dan baby moleiq pada 17 june.. mereka sebaya.. ibu harraz ckp.. “kak lepas lahirkan dia sya x dpt pegang dia langsung.. semlm baru dpt.. sya x boleh stay dgn baby.. “ aku terus terfikir.. ya Allah, sepanjang berpantang ibu sorg2 baby xde di sisi.. sakit... ye sakit... kita nih kdg baby bgn tersedar pon kita mcm berat sgt nk bgn.. bila dgr cite chot dgn isteri semlm.. mcm2 aku fikir.. smp la dpt msg pg td.. salam, abg dan akak.. baby harraz dh meninggal.. x sangka akak dgn abg org last dia jumpa????.. betul semlm baby harraz mmg nmpk lemah dh.. tp dia bukak mata bila aku ckp, harraz mama dtg nih.. 2 kali dia bukak mata besar tgk papa jo n mama lynn dia.. papa jo ckp harraz kalau nak “tido” tdo la syang.. Dan hari nih....? takziah @chotxoxo dan isteri.. dia menanti kamu di syurga.. ❤️

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


"Kita ni kadang baby bangun tersedar pun kita macam berat sangat nak bangun. Bila dengar cerita Chot dengan isteri semalam. Macam-macam aku fikir. Sampailah dapat mesej pagi tadi.

"Salam, abang dan akak, baby Harraz dah meninggal. Tak sangka akak dengan abang orang last dia jumpa. Betul semalam baby Harraz memang nampak lemah dah, tapi dia buka mata bila aku cakap, "Harraz, Mama datang ni".

"Dua kali dia bukak mata besar tengok papa Jo dan mama Lynn dia. Papa Jo cakap Harraz kalau nak 'tidur', 'tidurlah' sayang. Dan hari ni.... takziah @chotxoxo dan isteri. Dia menanti kamu di Syurga," tulisnya.

Harraz menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi tadi (Isnin) dan jenazah anak syurga itu dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Felcra Ramuan Cina, Lubok Cina Melaka.
#pelakon #Pelakon #Ozlynn Wati #Al-Fatihah
;