Pelakon, Daler Yusuf dikecam netizen selepas memberikan komen di Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Isu itu timbul selepas Siti memuat naik foto bersama aktres terkenal Korea, Lee Sung Kyung yang hadir ke negara ini untuk acara 'K-Wave & Halal Show di Malaysia' semalam.

With beautiful @heybiblee ❤ ❤ ❤

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Daler menerusi ruangan komen itu memberikan pujian kepada Siti yang namum dalam masa yang sama dia dikatakan memerli wajah cantik Sung Kyung.



Komen Daler itu telah mengundang rasa tidak senang hati pengikut Instagram Siti.

Rata-ratanya melabelkan komen Daler itu sebagai biadap dan menjatuhkan martabat wanita lain.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap Daler dan berpendapat seorang ‘public figure’ tidak seharusnya memberikan komen sensitif seperti itu lebih-lebih lagi di Instagram selebriti lain.








Foto: Instagram @ctdk / @daleryusuf