Teknologi telah mengubah cara kita menghasilkan muzik hari ini. Jika dahulu ia memerlukan sebuah studio, kini ia boleh dilakukan di bilik tidur atau di mana sahaja dengan komputer riba, papan kekunci midi dan mikrofon.

Koleksi OBEGRÄNSAD baharu oleh IKEA menerusi kerjasama dengan Swedish House Mafia telah tiba di Malaysia.

Rangkaian yang ditunggu-tunggu ini diilhamkan bagi membolehkan pencipta dan pencinta muzik membina studio rumah yang ideal pada harga berpatutan.

Ia menawarkan pelbagai penyelesaian dan aksesori kelengkapan rumah, dan kini boleh didapati di semua gedung IKEA sejak 6 Oktober lalu.

Swedish House Mafia cipta muzik dalam bilik tidur!

OBEGRÄNSAD, yang bermaksud “tanpa had” dalam bahasa Sweden, dikhususkan untuk semua karyawan yang menghayati pengalaman muzik yang berkualiti di rumah dan segala ruang yang lain, termasuklah DJ, pengeluar muzik dan pencipta lain dengan sumber yang sederhana tetapi imaginasi tanpa had.

Berilhamkan perspektif dari Swedish House Mafia dan perjalanan hidup peribadi diri mereka, koleksi ini menyokong usaha artistik mereka yang mencipta, membuat persembahan dan menikmati muzik di rumah, dipacu oleh kemajuan teknologi dalam pengeluaran muzik.

"Kami betul-betul bermula dari kosong! Kami menggunakan segala yang kami ada, bahkan mencipta tip bilik tidur kami sendiri untuk memudahkah kami menghasilkan muzik," kata Swedish House Mafia.



Sementara itu, ulas wakil IKEA Malaysia, seiring usaha untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik di rumah, koleksi OBEGRÄNSAD adalah pilihan ideal.

"Cara terbaik untuk memperkenalkan koleksi OBEGRÄNSAD tentunya ialah dengan menikmati satu malam yang tidak dapat dilupakan dengan muzik, seni dan para karyawan yang kreatif.

"Menerusi pengalaman itu, kami berharap dapat meniup semangat bakat kreatif dan pencipta tempatan, serta menginspirasikan orang lain untuk berbuat demikian," katanya.

Apa yang menarik tentang OBEGRÄNSAD

Koleksi OBEGRÄNSAD menampilkan tema klasik yang malar hijau. Reka bentuk klasik menjadikan setiap produk serba guna dan dapat disesuaikan mengikut susunan rumah anda yang sedia ada.

Ia terdiri daripada lebih 20 pilihan kelengkapan rumah pintar untuk peminat muzik, sama ada menghasilkan ataupun mempersembahkan muzik dalam persekitaran rumah.

1. Meja OBEGRÄNSAD (RM699)

Meja adalah tunjang utama bagi mana-mana pencipta muzik di rumah. Meja OBEGRÄNSAD direka bentuk dengan dua kaki sokongan untuk meninggikan pembesar suara ke paras telinga.

Sesungguhnya, bunyi adalah segala-galanya dalam muzik. Malah, meja ini dilengkapi dengan laci tarik keluar untuk memuatkan papan kekunci untuk memaksimumkan ruang atas meja.

2. Kerusi berlengan OBEGRÄNSAD (RM399)

Keseimbangan bentuk dan fungsi yang sempurna adalah penting dalam memuaskan kedua-dua belah otak - bahagian praktikal dan logik untuk menyelesaikan sesuatu persoalan dengan cara terbaik, serta bahagian emosi dan imaginasi yang berkait rapat dengan perasaan.

Kerusi Berlengan OBEGRÄNSAD melambangkan keseimbangan ini. Ia menyediakan tempat yang ringkas namun elegan untuk bersantai dan berfikir. Keselesaan serupa turut dirasai melalui tekstur ambal, sarung kusyen, dan selipar koleksi ini.



Ambal OBEGRÄNSAD
RM199 (Ø130cm)
RM450 (Ø180cm)

Sarung Kusyen OBEGRÄNSAD (RM40)

Selipar OBEGRÄNSAD
RM40 (S-M, L-XL)

3. Koleksi ini turut menampilkan pelbagai storan berfungsi, para-para dan aksesori atas meja untuk menjamin ruang yang bersih lagi kemas, di samping merangsang daya kreatif.

Ini termasuk Unit Para-para OBEGRÄNSAD, yang menerapkan rekaan klasik KALLAX. Ia direka bentuk semula dengan ruang untuk amplifier, bersama dengan para-para blok klasik bersaiz vinil dan ketinggian unit yang lebih tinggi untuk memudahkan pencampuran muzik.

Tempat simpanan piring hitam OBEGRÄNSAD berstruktur wayar yang ringkas dan minimalis direka bentuk untuk menyimpan kira-kira 60 piring hitam vinil tanpa perlu menyembunyikannya.



Unit Para-para OBEGRÄNSAD (RM529)

Unit Para-para OBEGRÄNSAD (RM269)

Tempat simpan piring hitam OBEGRÄNSAD (RM25)

Penyokong Pembesar Suara OBEGRÄNSAD (RM39)

Penyokong Tablet OBEGRÄNSAD (RM30)

Penyokong Computer Riba OBEGRÄNSAD (RM30)

4. Muzik tidak akan terasa sama tanpa pencahayaan.

Koleksi ini merangkumi tiga jenis lampu berbeza-beza untuk menyediakan fungsi berbeza-beza dalam susunan rumah anda - daripada lampu kerja LED boleh malap sehingga kepada lampu lantai dan dinding serba guna yang direka khas untuk mewujudkan satu suasana yang dapat membangkitkan inspirasi dan deria emosi.



Lampu kerja OBEGRÄNSAD (RM199)

Lampu Lantai LED OBEGRÄNSAD (RM 349)

Lampu Dinding LED OBEGRÄNSAD (RM449)

5. Aksesori lain dalam koleksi ini, termasuk jam dan beg turut tersedia ada untuk melengkapkan persediaan bilik anda. Malah, tema serba hitamnya adalah serasi dengan mana-mana ruang.



Jam OBEGRÄNSAD (RM239)

Beg Aksesori OBEGRÄNSD (RM19)

Beg OBEGRÄNSAD (RM15)

Beg OBEGRÄNSAD (RM15)

Oleh sebab koleksi OBEGRÄNSAD adalah terhad, setiap pelanggan hanya boleh membeli 2 unit bagi setiap produk.

Layari IKEA.my untuk maklumat lanjut serta koleksi penuh.