Khabar gembira itu diumumkan Yusry sendiri menerusi hantaran di Instagramnya pada Selasa.
"Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.
"What a birthday present. Welcome to the world Junior!" tulisnya.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua sepasang cahaya mata, Yahaira dan Yusof.
