Terkini

Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

gempak
Mya Amri
31/07/2024
00:50 MYT
Sponsor Banner
Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.

Dua kelibat lelaki menyorok dalam selimut

Tidak hanya terhenti di situ, Dr Say menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mendedahkan dua lelaki itu dijumpai berada di atas katil sambil menyorok dalam kain selimut di bilik pembantu rumahnya.
“Bila pintu dibuka nampak baby saya tengah tidur dalam rocker ditengah tengah antara dua katil maid saya dan nampak dua kelibat lelaki sorok dalam selimut atas katil.
“Polis suruh saya ambil baby dan polis ‘ajar’ dua lelaki tersebut. Memandangkan mereka masuk atas jemputan maid dan bukan pecah masuk, tak boleh nak tangkap dua lelaki itu.
“Polis bagi saya setel sendiri dengan maid dan memang saya maki maid saya saying saya kecewa gila dengan mereka.

“Saya layan mereka seperti manusia tapi layanan binatang diaorang bagi dekat anak-anak saya. Dedahkan anak-anak saya dengan orang tak dikenali.

“What if anak saya menangis masa mereka tengah buat projek tu? Mahu dicederakan atau dibunuh anak saya tu,” ujarnya kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN:Dr Say Menggigil Tahan Marah! Maid Senyap-Senyap Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah - “Baby Zeq Tengah Tidur, Boleh Dia Buat Projek”

ARTIKEL BERKAITAN:Dr Say Risau Bila Ada Yang Tak Mahu Belajar - “Janganlah Sebab Beberapa Influencer Tayang Hidup Mewah Buatkan Adik-Adik Nak Jadi YouTuber”

ARTIKEL BERKAITAN:“Niat Hanya Dua, Keselamatan Nyawa Ibu & Anak, Nothing More” - Dr Say Respon Isu Ustazah Label Suami Dayus Bagi Doktor Lelaki Sambut Baby

ARTIKEL BERKAITAN:“Wanita Belum Kahwin Tolong Jauhi Lelaki Kolot & Selfish Macam Ni” – Dr Say Bidas Lelaki Tular Lebihkan Kawan Dan Abaikan Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:“Patutlah Ace Suka Tutup Telinga, Guna Mulut Buka Penutup Botol” - Autism, Dr Say Mohon Ibu Bapa Peka Perkembangan Anak

Jangan terlalu beri muka pada maid

Bagaimanapun kata Dr Say, tindakan telah diambil dan kedua-dua pembantu rumahnya dipulangkan kembali kepada agensi mereka.
“Saya call agensi setiap maid saya. Agensi kepada maid Indonesia dah ambil maid Indonesia saya, yang maid Filipina ni hanya tunggu masa,” maklumnya.
Dalam pada itu, Dr Say juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu memberi muka kepada pembantu rumah kerana khuatir kejadian seperti ini akan berulang.

“Pengajaran yang saya dapat is trust no one dan jangan bagi muka kepada maid ni. Dulu saya pernah dapat maid Indonesia hisap rokok.

“Kami belajar dari situ jangan bagi muka dah tapi nampaknya kena jangan bagi muka lagi dan lagi.
“Bila saya tanya maid Filipina saya katanya semalam merupakan kali pertama mereka bawa lelaki masuk rumah.
“Syukur Allah nak tunjuk even kali pertama dah kantoi. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat dan terima kasih atas keperihatihan anda kalian,” ujarnya.
Berikut merupakan video penuh Dr Say:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024