Dr Say Tegur Sikap Individu Bangga Keputusan SPM Gagal - “Tolong Jangan Jadi Bodoh Sombong Dik”
Asyikin Mayudin
30/05/2024 23:55 MYT
30/05/2024 23:55 MYT
Doktor selebriti dan pencipta kandungan, Dr Say Shazril menegur sikap seorang pelajar lelaki yang berbangga dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal.
Tak Perlu Bangga
Bukan mahu memperlekehkan keputusan itu, namun Dr Say beranggapan kegagalan itu bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibanggakan apatah lagi jika seseorang tidak hadirkan diri pada hari peperiksaan.
Dr Say juga meminta agar individu itu berhenti menjadikan keputusan SPM yang gagal sebagai satu ‘trend’ untuk membuktikan dirinya mampu berjaya di masa hadapan.
“Tolong jangan jadi bodoh sombong dik. Terduduk sy dibuat ‘keyakinan’ adik ni. Bukan saya nak perlekehkan keputusannya tapi saya tak mahu keputusan sebegini dinormalisasikan. Kegagalan bukan sesuatu yg patut dibanggakan apatah lagi TIDAK HADIR.
“Lepas tu pakai ayat ‘orang yang pintar belum tentu sukses tapi orang yang mahu berusaha pasti mampu menggapai kejayaan’ dah celah mana adik berusaha kalau adik dapat G tu?
BERITA TRENDING: Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM, Hanya Belajar Di Rumah - “Saya Ingin Cuba & Cabar Diri”
“G tu ibarat adik datang dewan peperiksaan dan adik tidur terus-menerus sengaja tak jawab soalan-soalan pada kertas peperiksaan tu sebab adik nak set a trend yang ‘aku nak buktikan yang walaupun aku gagal hari ini, masa depan nanti aku akan berjaya’.
“ITU BODOH SOMBONG namanya dik. Walaupun SPM bukan penentu kejayaan masa hadapan tapi SPM inilah tiket untuk ke pengajian tinggi,” katanya.
Keputusan SPM Adik Ipar
Dr Say turut berkongsi mengenai adik iparnya yang mampu mendapat keputusan SPM yang baik biarpun ketika itu ketagih main permainan video.
“2019 dulu adik ipar saya duduk untuk SPM tapi masa tu kami satu keluarga tengah kemaruk main Mobile Legends. Pagi petang siang malam Mobile Legends tapi adik ipar saya hadir semua lapan subjek SPM dan Alhamdulillah tak ada gagal walaupun setiap game Mobile Legends tu ada dia.
BERITA TRENDING: Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”
“Dengan keputusan SPM tu dia sambung diploma fashion kat MSU dan lepas grad dia terus kerja kat ecommerce company dengan pendapatan RM2,500 sebulan.
“Sedangkan adik ipar saya yang 24 jam main Mobile Legends tak ada gagal, nampak sangat adik memang sengaja meng-gagalkan SPM adik,” katanya lagi.
Simpan Sendiri Keputusan
Dalam pada itu, Dr Say berpendapat individu tersebut sepatutnya menyimpan sendiri keputusan tersebut.
“In a nutshell, jika adik dah berusaha sebaik mungkin, hadir ke setiap kelas, tumpukan perhatian apabila cikgu mengajar tapi masih gagal then its okay.
“Tapi kalau adik sendiri tak curahkan usaha yang berpatutan lepas tu adik acah-acah tersakiti dan acah-acah terpaling berusaha, simpanlah keputusan tu kepada diri sendiri.
“Ni bila adik post sebegini lepas tu kat ruangan komen ramai yang bersetuju dengan kesakitan adik, THIS IS TOTALLY WRONG. Adik nak jadi influencer boleh, tapi influence la ke arah yang betul.
“Saya doakan adik berjaya dunia akhirat tapi please dik, GAGAL DAN TIDAK HADIR SIMPAN DIAM-DIAM,” ujarnya.
Terdahulu, umum sedia maklum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 telah pun diumumkan pada Isnin.
BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM
Antara selebriti yang berkongsi kegembiraan semasa mengambil keputusan SPM anak-anak adalah Datuk Anne Ngasri, Zarina Zainuddin, Rahim Sepahtu, Datuk Hattan dan usahawan, Kak KM
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?