Penyanyi dan pelakon Ernie Zakri akui sudah menerima tawaran berlakon yang lain walaupun drama lakonannya, Suri Katriana belum lagi ditayang.
Jelas Ernie dia ingin melihat komen daripada penonton dahulu terhadap lakonan pertamanya.
"Walaupun saya masih dalam sesi penggambaran namun sudah menerima beberapa tawaran berlakon yang lain.
"Sampai sekarang saya tidak pasti apa yang pengarah atau penerbit tengok pada diri saya. Macam mana mereka boleh terfikir yang saya boleh berlakon?
"Tetapi saya percaya mereka nampak sesuatu pada diri saya dan itu juga yang membuatkan saya yakin untuk terjun dalam bidang lakonan.
"Saya tidak serik cuma buat masa sekarang tidak akan terima mana-mana tawaran yang lain. Saya ingin fokus pada Suri Katriana.
"Di samping itu, saya juga ingin melihat komen daripada penonton selepas drama ini ditayang di kaca televisyen," katanya kepada Gempak.
Ernie ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Suri Katriana yang diadakan di Restoran My Elephant Thai, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tambah pelantun lagu Ku Bersuara ini, dia akui gementar dengan penerimaan penonton selepas menontonnya.
"Tahun 2019 boleh dikatakan sebagai tahun rezeki untuk saya.
"Perasaan gementar tetap ada. Saya takut dengan penerimaan penonton selepas melihat hasil lakonan saya.
"Kalau positif yang saya dapat mungkin akan terima lagi tawaran berlakon," ujarnya lagi.
Selain Ernie, drama Katriana turut dibintangi pelakon hebat iaitu Ummi Nazeera, Hasnul Rahmat, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Rozita Che Wan, Aishah Azman, Nadiyaa Nisa dan ramai lagi.
Drama arahan Pali Yahya akan mula ditayangkan mulai 29 Oktober 2019 jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Prima HD (saluran 121).
Zulaikha Yusof
Mon Oct 28 2019

![[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen [VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dia-sedut-juga-sikit-nafas-tu-lucu-lihat-harris-annuar-layan-isteri-mengidam-bau-simen.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen
Lucu bila Harris sakat isteri dia heheh.
.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah