Debaran semakin terasa apabila menonton drama drama adaptasi siri thriller British pencalonan BAFTA iaitu Liar yang kini sudah memasuki episod 6.

Rata-rata penonton mula melepaskan kemarahan terhadap watak Tony Eusoff iaitu Dr Aiman yang didakwa telah merogol Lara (lakonan Tiz Zaqyah) termasuklah Detektif Nissa (Nadiya Nisaa).

“Aku baru lepas layan straight dari episod 4 hingga 6, padan muka kau Dr Aiman! Tapi hujung-hujung tu ada tease orang mati kat sungai, aku harap bukan Dr Aiman la. Bacul la kau Dr kalau kau dah kantoi kau bunuh diri.

“Ok me nak cakap fasal Liar Malaysia. Wey me baru sempat tengok episod 3. Babeng la dia punya twist. Maknanya memang Dr Aiman jantan bedebah yach! Memang dia masuk something dalam air teh untuk Lara. Hidup-hidup me percaya dia sangat baik dan innocent. Cis.

“Akhir sekali, Dr. Aiman. Konon tak nak campur dengan keluarga gila. Kau la yang gila. Kalau suka Lara, terus terang. Bukannya letak antidot ke apa entah dalam air. Lepas itu, r***l dan twist cerita. Angin betul aku dengan kau ini. Kesian, Lara.

“Baru tengok episod 4 kat TV. Omg Dr Aiman! Kesian Detektif Nisaa. People are saying episod 5 lagi intense okay kena bersedia.

“Damn Dr Aiman are nasty with Liar Malaysia. Rapist!” komen beberapa penonton menerusi laman Twitter.

Malah bukan itu sahaja, lakonan mantap Tiz Zaqyah dan Nadiya Nisaa juga menerima pujian daripada penonton.

“Serius best gila Liar. Liar Malaysia lakonan Tiz Zaqyah best gila. Dan Nadiya Nisaa nailed it! Jadi, ending dia apa jadi kat Dr Aiman eh? Terdampar kat laut ke?” tulisnya.

Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.

Pertemuan dengan pakar bedah Aiman mengubah kehidupan Lara.

Bila pertemuan indah berubah menjadi tuduhan rogol menimbulkan pelbagai persoalan.

Namun Aiman mendakwa dia tak bersalah manakala Lara pula melancarkan serangan dalam talian terhadap Aiman. Siapa yang menipu?

Naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu di platform On Demand atau Astro Go manakala, Astro Ria setiap Isnin, pukul 9 malam.