Pelakon dan model tinggi lampai Haneesya Hanee meluahkan rasa gembira apabila impiannya termakbul untuk mencuba aktiviti 'scuba diving'.

Haneesya akui dia tidak takut dengan air namun apabila berada di paras yang dalam akan timbul perasaan yang berbeza.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya beserta kapsyen untuk tatapan umum.

"Dream come true! Finally I got the chance to learn how to dive and soon will be swimming in the ocean.

"Thank you @blackpearldiveteam ajar kitorang macam mana nak dapat confidence in water!

"Srsly for me how to be confident is to overcome ur fears.

"Although I'm not scared of water tapi bila korang kat air yang dalam rasa dia lain.

"Positive kan diri dengan buat activity diving! Gituewwww @fazreenfazera @maskhan_ @ernishaaa," tulisnya.

Fazreen dan Ernisha turut sama berkongsi foto ketika sesi latihan di IG masing-masing.

Terdahulu, Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menjadi buah mulut ramai apabila video skandal kelab malam dan minuman keras tersebar di Internet.

Ekoran kejadian memalukan itu, kejuaraan Dewi Remaja 2018/2019 miliknya itu ditarik balik.

Dream come true! Finally I got the chance to learn how to dive and soon will be swimming in the ocean. Thank you @blackpearldiveteam ajar kitaorg cam mana nk dpt confidence in water! Srsly for me how to be confident is to overcome ur fears. Although I’m not scared of water tapi bila korang kat air yg dlm rasa dia lain. Positive kan diri dengan buat activity diving! Gituewwww @fazreenfazera @maskhan_ @ernishaaa

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on