Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Krisdayanti, Dolla & Jamal Abdillah Bakal Hangatkan Pentas Akhir!

gempak
Asyraf Roslan
04/02/2025
11:32 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Krisdayanti, Dolla & Jamal Abdillah Bakal Hangatkan Pentas Akhir!
Gegar Vaganza 11 (GV11) semakin hampir ke kemuncaknya dan bakal melabuhkan tirai Ahad ini.
Walaupun juara edisi ke-11 masih menjadi tanda tanya, peminat pasti teruja dengan barisan penyanyi legenda dan bintang popular yang bakal bergandingan bersama enam finalis dalam segmen duet.
Antara nama besar yang akan memeriahkan pentas akhir GV11 ialah Datuk Jamal Abdillah, Taufik Batisah, Pasha Ungu, dan Krisdayanti.
Selain itu, kumpulan Dolla serta alumni GV, Jaclyn Victor turut bakal membuat penampilan khas.
Bukan itu sahaja, pentas GV juga bakal menyaksikan penampilan Dolla dan juga alumni serta Juara GV untuk musim ke-9 dan edisi All Star, Jaclyn Victor pada konsert akhir ini.
Berikut merupakan senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh finalis GV11 bersama penyanyi undangan:
1. Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah - Kekasih Awal Dan Akhir 2. Liza Aziz duet bersama Krisdayanti - Cinta 3. Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisha - Aku Bersahaja 4. Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu - Terlanjur Cinta 5. The Lima duet bersama Dolla - Bye Bye Bye 6. Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor - Beribu Sesalan
Untuk minggu akhir, bintang yang masih kekal dicabar dengan tema ‘Its Final’ dimana setiap peserta harus menyampaikan tiga buah lagu iaitu solo, duet dan battle bersama peserta lain.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024