Pelakon, Ezzaty Abdullah akui teruja dan gementar apabila diberi peluang untuk bertemu dengan kumpulan popular, Blue di belakang pentas.

Ezzaty berkongsi momen manis itu menerusi video pendek di akaun Instagramnya.

Video tersebut merakamkan gelagat Ezzaty yang gemuruh dan gagap apabila berdiri disebelah salah seorang anggotanya iaitu, Lee Ryan.

“It feel like a dream when my childhood crush is in front of me. Thanks for the video @officialleeryan #speechless #starstruck #blue #childhoodfanatic,” tulisnya.

It feel like a dream when my childhood crush is in front of me. Thanks for the video @officialleeryan #speechless #starstruck #blue #childhoodfanatic ❤️

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on


Menerusi ruangan komen juga Ezzaty memberitahu dia bertuah kerana dibawa ke belakang pentas oleh sahabatnya untuk bertemu kumpulan berkenaan selepas konsert berlangsung.


“Hahaha, tak sangka member bawa masuk backstage,” tulisnya ringkas.

Selain Ezzaty, Kilafairy juga bernasib baik diberi peluang untuk bertemu Blue.

BACA: “Eh Takpe, Tak Payah Kecam Sebab Bukan K-Pop Kan” – Aksi Peluk Cium Kilafairy & Kumpulan Blue, Peminat K-Pop Perli Netizen?

Terdahulu, Blue telah hadir ke Malaysia untuk Konsert Blue Live in Malaysia 2019 yang berlangsung di Dewan Wawasan Convention & Exibition Center, Menara PGRM Cheras pada Ahad.

@officialblue #concert #childhoodfanatic thank you for tonight guys!!! ❤️

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on


Foto: Instagram @ezzatyabdullah