"Dreamy And Cosy" - Cantiknya Majlis Resepsi Nadia Aqilah Bertemakan Garden Sunset

Amri Hassan
Mei 10, 2018 02:05 MYT
Selepas selamat diijabkabulkan pada 20 April lalu, pelakon Nadia Aqilah dan pasangannya, Saiful Ridzwan melangsungkan majlis resepsi mereka minggu lalu.
Bertemakan Garden Sunset, pelakon filem Zaiton Ceritaku itu anggun menggayakan dres dwitona merah dan peach.
Manakala, Saiful tampil segak dengan mengenakan sepasang kemeja putih dan berseluar slack kelabu.
Malah, pelamin pasangan itu dihiasi bunga-bungaan putih serba indah.
"Because @kseenahouse managed everything for us all I had to focus on was my sunset dress.
" Meeting his side of the family followed by a night of stars.
"Thank you everyone, for spending your time with us.
"Some came rushing after work just to give us a hug.
"Thank you for your wishes since April until today, we send out the same beautiful doas to you too.
"I dedicate my dress by @jepandjay to all the sunset lovers like us, out there," tulis Nadia di Instagramnya.
Majlis ringkas dan sederhana itu mendapat pujian daripada peminat pelakon itu.
"Semuanya cantik. Pelamin waktu sunset, dres cantik. Simple but nice," puji salah seorang peminatnya.
"Minimal make up, dres yang tak over, majlis yang super sederhana. I adore you," tambah peminat lain.
Jadi, jom kita saksikan gambar-gambar menarik sempena majlis resepsi Nadia Aqilah dan Saiful Ridzwan.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @missnadiaaqilah @afnanomarphotography
#pelakon #Pelakon #Sanding #Resepsi #Nadia Aqilah