Usahawan dan pengacara Neelofa mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik foto-foto bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sesi penggambaran program bual bicara Next To Neelofa.

Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto-foto tersebut untuk tatapan umum.

“Memikirkan perbualan kami ini buatkan saya teruja untuk anda semua saksikan. Satu lagi episod yang memberi inspirasi yang pastinya anda tak mahu lepaskan,” tulis Neelofa sebagai kapsyen.

Just thinking about this chat we had makes me excited for all of you to tune in. Another inspiring episode you surely don't want to miss. @nexttoneelofa #NextToNeelofa @ctdk #ValentinoBlueGrace #styledbycolin @maisonvalentino

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Lebih mencuit hati apabila aksi manja anak Tokti, Siti Aafiyah bersama Neelofa turut dirakam lensa kamera.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sudah tidak sabar menantikan episod dua wanita berjaya ini.

“Dah tentu saya kena tengok episod kali, WAJIB!” kata seorang wargamaya.

“Tak sabar nak tengok dua wanita kuat ni. Tiba-tiba keluar air mata. Ni boleh jadi episod kegemaran saya,” komen seorang wargamaya.

“Wah dua-dua idola ni,” tulis seorang wargamaya.

“Cantiknya Neelofa, cantiknya Datuk Siti,” puji seorang wargamaya.

“Macam adik-beradik pula, tak sabar nak tengok,” ujar seorang wargamaya lagi.

Selain Tokti, antara barisan VIP yang telah diundang khas untuk menjayakan penerbitan musim pertama termasuklah Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Chryseis Tan dan Ella Aminuddin.

Jangan lupa saksikan Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.