Ketika dunia masih berdepan dengan pandemik ini pastinya ramai yang terlepas peluang untuk menonton filem hebat.

Sudah beberapa kali filem besar ditayangkan di pawagam, namun orang ramai kasih meragui dan rasa takut-takut.

Berita baik buat anda, dua filem blokbuster bakal muncul terus ke rumah anda menerusi platform Astro Best.

Kedua-dua filem berkenaan adalah Godzilla vs Kong dan Mortal Kombat.

Menerusi Godzilla vs Kong penonton akan menyaksikan bagaimana kedua-dua ‘titans’ ini bertembung membuktikan siapakah lebih hebat.

Sementara itu pula, Mortal Kombat akan membawa anda ke dunia pertarungan yang penuh luar biasa.

Masa ini lah untuk melihat watak-watak ‘legend’ seperti Sub-Zero, Scorpion, Liu Kang mahupun Raiden. Cukup Hebat!

Filem Godzilla vs Kong sudah pun mula ditayangkan secara eksklusif manakala Mortal Kombat bakal menemui anda pada 20 Mei ini.

Sewa sekarang dan saksikan dengan segera menerusi Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store.

Sambungkan PVR Box atau Ultra Box anda ke Wi-Fi & strim Godzilla vs Kong dalam keselesaan rumah anda.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Astro GO untuk strim pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut di content.astro.com.my.