BERITA

Dua Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Sasha Saidin Kini Lebih Berhati-hati

Rozaimi Zubaidi 02/04/2018 | 11:37 MYT
Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin, mengakui kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

Menurut Sasha, kegagalan perkahwinannya sebelum ini banyak memberi pengalaman dalam hidup dan serahkan segalanya kepada jodoh yang telah ditetapkan untuknya.

"Selepas dua kali melalui kegagalan dalam perkahwinan, saya kini menjadi lebih berhati-hati untuk kearah itu.

"Sekarang ini saya tidak boleh memikirkan tentang diri sendiri, tetapi apa sahaja keputusan yang saya lakukan adalah melibatkan anak saya.

"Memang keluarga terutamanya Zain banyak menasihati saya supaya kahwin lagi, namun saya serahkan segalanya kepada jodoh yang telah ditentukan.

"Buat masa sekarang saya ada mengenali seseorang namun kami belum merancang untuk ke arah yang lebih serius," katanya kepada Astro Gempak.

Sasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Mask Run di Wow KL Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mask Run akan diadakan pada 15 April ini, pada pukul 7.00 pagi di Dataran DBKL, Kuala Lumpur Malaysia.

Selain Sasha, larian itu turut disertai oleh Azza Elite dan Aiman Tino.
#pelakon #Penyanyi #Pelakon #Penyanyi #Sasha Saidin