Dua Kali Gugur, Uqasha Umum Hamil - "Saya Sedih Bila Orang Cakap Keluarga Senrose Semua Tak Ada Zuriat"
Amri Hassan
14/01/2024 09:07 MYT
14/01/2024 09:07 MYT
Dua kali mengalami keguguran, pelakon jelita Uqasha Senrose mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Menerusi hantaran di media sosial, Uqasha memanjatkan rasa syukur dan punyai sebab tersendiri tidak mengumumkan berita gembira ini dari awal kehamilan.
"Syukur Ya Allah, Alhamdulilah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk qasha.
"Ramai tanya-tanya kenapa saya tak jawab-jawab sebab dah gugur jadi saya takut jadi biarlah dari saya sendiri yang cakap. Doakan yang baik-baik untuk Qasha and baby," kongsinya.
Tambah Uqasha dia turut berduka apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menulis kata-kata yang tidak manis mengenai keluarganya.
"Terima kasih kepada yang doa, jujur saya sedih bila orang cakap kenapa family senrose semua tak ada zuriat la apa la, bila dapat tahu ni qasha bahagia sangat sebab aturan Allah tu dia Maha mengetahui.
"Jodoh ajal maut rezeki semua dari Dia," tambahnya.
Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November, 2021.