Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dua Kali Keguguran, Fida Ibrahim Kini Hamil 6 Bulan!

Amri Hassan
05/11/2023 09:25 MYT
Hasrat pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim, 37, bergelar ibu bakal menjadi kenyataan apabila dia kini hamil 25 minggu atau enam bulan.

Terdahulu, Rafidah atau mesra dengan panggilan Fida berkongsi berita gembira berkaitan kehamilannya menerusi hantaran dimuat naik di Instagram.

Fida berkata, dia bersyukur impian dan rezeki untuk memiliki cahaya mata sulung bersama suami, Shahzemir Shahzulkarib, 38, akan dimakbulkan Allah dalam beberapa bulan lagi.

"Alhamdulillah, saya sekarang hamil 25 minggu atau enam bulan. Syukur ke hadrat Allah, di atas segala nikmat ini selepas pernah mengalami dua kali keguguran.

"Ketika alami keguguran dulu, ramai yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Terima kasih semua dan saya doakan agar setiap doa kebaikan itu berbalik kepada kalian juga.

"Dalam masa saya gembira menantikan kelahiran anak ini, sebenarnya saya juga sedar betapa cabaran besar dihadapi ibu bapa, terutama tahun depan adalah 100 tahun kejatuhan empayar Islam mengikut sirah," katanya.

Pelakon drama Cinta Tikar Sejadah ini berkata, dia berharap semoga anak-anak masa kini dilindungi Allah dan membesar dalam didikan ajaran Islam yang sebenar, berikutan situasi sekarang sangat mencabar.

"Semoga anak kita semua membesar dalam suasana Islam yang sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Tidak kira anak lelaki atau perempuan, mudah-mudahan kita semua berada dalam golongan manusia taat kepada Allah dan Rasul," katanya.

A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim)


Fida mendirikan rumah tangga dengan Shahzemir yang juga pengurusnya ketika aktif dalam karier seni pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.

#pelakon #Hamil #Gugur #Fida Ibrahim
;