Dua Kali Tunda Tarikh Kahwin, Akhirnya Nafiz Muaz & Ahli Perniagaan Sah Bergelar Suami Isteri
Fiza Kamarudin
04/01/2021 06:10 MYT
04/01/2021 06:10 MYT
Selepas dua kali menunda tarikh majlis pernikahan, aktor Nafiz Muaz, 22, dan ahli perniagaan Diyana Omar, 29, sah bergelar suami isteri pada Sabtu lalu.
Pasangan berkenaan yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
"Kalau ikut perancangan awal kami sepatutnya bernikah pada Ogos lalu. Tetapi disebabkan situasi semasa pandemik COVID 19 dan beberapa kekangan lain, kami anjak pula ke bulan Disember.
"Tapi selepas fikirkan semula, kami tidak mahu tangguhkan lagi dan nekad memilih tanggal 2 Januari 2021 sebagai saksi hari bersejarah,” katanya.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira kira 100 orang tetamu.
Nafiz menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.
Pasangan mempelai menggayakan baju Melayu rekaan Calvin Thoo.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis perkahwinan mereka.
Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir memberitahu, mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 21 Januari ini.
Sementara majlis bertandang pula akan diadakan pada Februari depan di Sungai Petani, Kedah.
Foto: Aqo Imran