Hiburan

Dua Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Positif Virus Corona

gempak
Azwa Rahman
05/02/2020
08:06 MYT
Sponsor Banner
Dua Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Positif Virus Corona
Kementerian Kesihatan sebentar tadi telah mengesahkan dua lagi warga tempatan positif wabak Coronavirus baharu (2019-nCoV).
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata dua beranak itu adalah rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan yang tiba di negara ini pagi semalam.
Katanya, mereka sudah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan selanjutnya.
“Warga tempatan pertama ialah seorang lelaki berusia 45 tahun, manakala seorang lagi anak lelakinya berusia sembilan tahun.
“Dua ahli keluarga lain iaitu isteri lelaki itu dan anak perempuannya didapati negatif daripada wabak berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024