Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dua Lipa Jadi Mermaid Dalam Barbie

Maliah Surip
05/04/2023 14:45 MYT
Penyanyi Dua Lipa melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan apabila diumumkan ikut terbabit dalam filem live-action, Barbie. Ini merupakan penampilan pertama kali Dua Lipa sebagai pelakon.

Lebih mengujakan, penyanyi cantik itu diumumkan sebagai pemegang watak puteri duyung atau Mermaid dalam naskhah yang menjadi kegemaran peminat karakter Barbie daripada seluruh dunia.

“This Barbie is a mermaid #BarbieTheMovie," Dua Lipa dilihat berkongsi berita tersebut menerusi akaun media sosialnya.

Pengumuman Dua Lipa ikut bermain di dalam filem ini agak mengejutkan memandangkan produksi sebelum ini sudah mendedahkan para pelakon lain.

Ini termasuklah Margot Robbie dan Ryan Gosling, dengan Emma Mackey akan menjayakan karakter Barbie.

Filem yang ditulis oleh sutradara Greta Gerwig bersama dengan Noah Baumbach ini dijadual tayang pada 21 Julai 2023.

#pelakon #Penyanyi #Hollywood #Filem #Barbie #Dua Lipa #Mermaid