Dua pekerja penyanyi K-Pop Chungha disahkan positif Koronavirus (COVID-19).

Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, MNH Entertainment semalam.

Menurut agensinya, walaupun Chungha disahkan negatif virus berkenaan namun penyanyi itu perlu dikuarantinkan dan segala aktiviti seninya terpaka ditangguhkan buat masa ini.

“Chungha telah pulang ke Korea pada 24 Februari selepas menghabiskan jadual kerjanya di Itali. Salah seorang pekerja yang menemaninya telah menunjukkan simptom seperti demam dan selepas menjalani ujian, dia disahkan terkena wabak Koronavirus.

“Selepas mendapat keputusan tersebut, kami telah meminta Chungha dan semua pekerja yang menemaninya dikuarantin dan mendapatkan pemeriksaan lanjut.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, seorang lagi pekerja Chungha disahkan positif Koronavirus manakala yang lain adalah negatif.

“Keputusan pemeriksaan Chungha telah dikeluarkan semalam (1 Mac) dan dia disahkan negatif. Bagaimanapun kami menurut saranan untuk meneruskan proses kuarantin.

“Untuk keselamatan ramai, segala aktiviti seni Chungha dalam masa terdekat akan dibatalkan buat masa ini. Kami juga akan mengendalikan perkara ini sebaik mungkin,” jelas kenyataan agensinya.

Terdahulu, MNH Entertainment juga telah memaklukan pembatalan kehadiran Chungha untuk sebuah acara di Jakarta, Indonesia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Koreaboo