Pengumuman Marvel Studio mengenai kemunculan The New Mutants pastinya mengubat kerinduan buat peminat setia francais filem X-Men.

Selepas tertangguh hampir dua tahun, filem ini akhirnya bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Menerusi laporan Astro Awani, sebelum ini terdapat khabar angin yang mana filem ini diminta untuk dirakam semula.

Namun, pengarahnya Josh Boone telah mengesahkan bahawa tiada sebarang perubahan yang akan berlaku.

Tidak seperti filem X-Men yang anda pernah tonton, The New Mutants sebaliknya merupakan satu filem yang berbeza.

Difahamkan, filem ini bakal memfokuskan kepada genre ‘thriller’ serta seram dan sudah tentu ia akan memberikan satu pengalaman berbeza buat semua peminat filem X-Men.

The New Mutans bakal dibintangi Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Henry Zaga, Blu Hunt, Alice Braga dan pelakon siri popular Stranger Things, Charlie Heaton.

Filem ini bakal menemui penonton pada April 2020.

Sumber: Astro Awani