Hiburan
"Duduk Di Rumah Pun Penting Untuk Jaga Hubungan" - Sherry Ibrahim
Pelakon Sherry Ibrahim mengajak orang ramai untuk sentiasa menjaga hubungan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan meskipun sedang berada di rumah untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut Sherry, amalan merapatkan silaturahim meskipun di dalam talian ketika negara berhadapan krisis COVID-19 ini, mampu membuatkan masyarakat menjadi mengharungi dugaan bersama.
Perkara itu dikongsi Sherry menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Semoga semua berada dalam keadaan yang sihat dan selamat, sementara kita semua berada di rumah, penting bagi kita untuk menjaga hubungan sesama sendiri.
"Luangkan masa untuk bertanya kabar ahli keluarga dan rakan-rakan anda hari ini.
"Amalan sebegitu mampu membuatkan kita menjadi kuat untuk bersama-sama mengharungi detik sukar ini," tulis Sherry sebagai kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari netizen yang kebanyakannya meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapat Sherry itu.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!