Pelakon, Fouziah Gous berkongsi pengalaman suaminya, Md Zhafran Md Yusof menunaikan umrah.

Menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya, Fouziah berkongsi sepotong video pendek merakamkan wajah suaminya yang sebak sebelum mengalirkan air mata sewaktu mendengar bilal melaungkan azan.

“Sorry sayang I know video ini untuk family. Tapi I nak juga share dengan my beloved followers and one for my album.

“Antara berpuluh-puluh video dari suami, ini membuat hati saya sebak. How lucky you are sayang. Duduk dekat Raudhah lebih sejam, dapat baca Quran, doa dan solat.

“Syukur atas rezeki besar ini… Hebat rancangan Allah untuk mu, baca quran di Raudhah di hari Nuzul Quran.

“I jarang nak share semua video yang ada tapi ini khas untuk anda yang tak pernah tengok Raudhah dan juga di mana tempat Bilal.

“Sebab saya pun tak pernah lagi tengok dimana tempat Bilal… Masya-Allah... @zhafyusof #madinah #masjidnabawi,” tulisnya.

Sorry sayang I know video ini untuk family. Tapi I nak juga share dengan my beloved followers and one for my album . Antara berpuluh2 video Dari suami, ini membuat hati saya sebak. How lucky u are sayang. Duduk dekat Raudhah lebih sejam, dapat baca Quran, doa Dan solat ?.. syukur atas rezeki besar ini.. hebat rancangan Allah untuk mu, baca Quran Di Raudhah Di hari Nuzul Quran ?.. . I jarang nak share semua video yg ada, tapi ini khas untuk anda yg Tak pernah tengok Raudhah dan juga Di mana tempat Bilal. Sebab saya pun tak pernah lagi tengok dimana tempat Bilal .. masyaAllah ... @zhafyusof #madinah #masjidnabawi

A post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga akui sebak sebaik sahaja melihat video yang dikongsikan itu.

“Tengok video ni sebak lak… Subhanaallah indahnya dan bertuahnya dapat mendengar live azan from bilal dan melihat sendiri keadaan di Raudhah. Moga yang membaca comment di sini I doakan berpeluang berdoa, solat dan dapat baca Al-quran di Raudhah, Insya-Allah,” tulis @lynnda10mil

“Subahanallah sebak tengok video ni. Cantiknyaaa, doakan kami juga sampai ke sana suatu hari nanti,” komen @ateyn_amie

Fouziah, 35, dan Zhafran, 30, telah mendirikan rumah tangga pada 22 September 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof.

Foto: Instagram @fouziahgous