Hiburan
"Duduk Rumah Ni Macam-Macam Selongkar" - Nor Albaniah Kongsi Foto Throwback Bersama Arwah Suami
Pelakon Nor Albaniah berkongsi sekeping foto 'throwback' bersama arwah suaminya, Allahyarham Sudarman Daud.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
Menurut Albaniah, masa yang terluang di rumah ketika ini membuatkan dia menyelongkar pelbagai barang termasuk foto lama tersebut.
"Bila duduk rumah ni, macam-macam selongkar, jumpa gambar ni, saja nak throwback zaman dulu-dulu.
"Kalau you all nak cari dalam google pun takda, kongsi kenangan indah waktu dulu," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Albaniah memuji kecantikan di usia mudanya.
Dalam pada itu, ramai juga yang menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Sudarman.
Imbas kembali, Albaniah dan arwah suaminya mendirikan rumah tangga pada sekitar tahun 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Allahyarham Sudarman meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang turut melibatkan Albaniah yang hanya mengalami kecederaan ketika itu.
Must-Watch Video