Pelakon Nadya Syahera mendedahkan sebuah restoran milik suaminya, Fizul Nawi di Shah Alam telah terbakar malam tadi.

Menurut Nadya kebakaran berlaku berpunca daripada kebocoran gas.

"Allahuakbar! Dugaan Allah datangkan untuk kami.

"Restoran The Golok Cafe terbakar. Punca daripada gas bocor," tulisnya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Disebabkan kebakaran itu, terdapat seorang pekerja restoran terbabit yang melecur di bahagian tangan.

"Alhamdulillah semua sempat selamatkan diri. Cuma ada seorang staff yang cedera.

"Minta maaf kepada semua customer yang ada semasa kejadian tadi.

"Dan kami halalkan semua yang makan di restoran kami tadi. Doakan urusan kami dipermudahkan," tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Nadya turut berkongsi rasa simpati serta mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan.

Terdahulu, Nadya mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik setelah mendapat bukti bergambar dan tidak pulang ke rumah selama sebulan.

Namun, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah sepanjang Ramadan lalu kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.

BACA: "Hampir Sebulan Dia Di Sana Kononnya ....." - Nadya Syahera Dedah Suami Curang Dengan Adik Kepada Pengasas Produk Kosmetik Terkenal

BACA: "Sebulan Aku Tak Balik Rumah Memang Betul, Tapi..." - Suami Nadya Syahera Komen Isu Curang

Walau bagaimanapun, pasangan ini membuat keputusan untuk kembali berbaik baru-baru ini.

BACA: "Sudah-Sudah Lah Maki Hamun Saya .." - Fizul Nawi & Nadya Syahera Sudah Berbaik

Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015 dan perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Fizul.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Sementara itu, jangan lupa untuk menyaksikan drama Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria & Ria HD.

Allahuakbar! Dugaan allah datangkan utk kami. Restoran The Golok Cafe terbakar. Punca daripada gas bocor. Alhamdulillah semua sempat selamatkan diri. Cuma ada sorang staff saja yg cedera. Minta maaf kepada semua customer yg ada semasa kejadian tadi. Dan kami halalkan semua yg makan di restoran kami td . Doakan urusan kami dipermudahkn.

A post shared by NS (@nadyasyahera) on