Hiburan

"Dugaan Ini Amat Berat..." - Bapa Amir Hasan Meninggal Dunia

gempak
Asraf Aided
05/05/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
"Dugaan Ini Amat Berat..." - Bapa Amir Hasan Meninggal Dunia
Bapa kepada penyanyi Amir Hasan, Abu Hasan Abdul Aziz, 65 telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, Pahang pada jam 2.53 pagi hari ini akibat mengalami kanser limfoma.
Memetik laporan Harian Metro, Amir, 24, merasakan pemergian bapanya itu satu dugaan yang berat untuk keluarganya.
"Dugaan ini amat berat untuk keluarga saya memandangkan saya anak tunggal.
"Ketika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 dan berpuasa, tiba-tiba saya kehilangan ayah pula.
"Kami juga baru tahu ayah menghidap kanser limfoma kerana keadaannya sihat sahaja sebelum ini. Menurut doktor, kanser itu sangat agresif dan telah merosakkan buah pinggangnya dalam tempoh dua hari selain organ dalaman lain," kata Amir.
Walaubagaimanapun, Amir bersyukur kerana sempat meluangkan masa bersama bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
"Ketika di hospital, saya yang menguruskan ayah, saya yang menjaganya dengan rapi dan cuba sedaya upaya memastikan rawatannya berjalan lancar dan mendapat kesembuhan," katanya lagi.
Difahamkan, Allahyarham bapa Amir dikebumikan di Raub, Pahang hari ini.
Sumber : Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024