"Dugaan Memang Banyak, Tapi Allah Rezekikan Kami ..." - Amy Mastura Selamat Tunai Haji, Peminat Puji Tak Menunjuk-Nunjuk
Amri Hassan
06/07/2024 02:50 MYT
06/07/2024 02:50 MYT
Penyanyi Amy Mastura memanjatkan rasa syukur dapat menyelesaikan ibadah haji di Tanah Suci baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Amy telah selamat menunaikan Rukun Islam kelima itu bersama-sama ahli keluarganya.
"Akak nak ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staf dan petugas ‘Eiman Travel’ yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan.
"Kakak minta maaf sebab kakak tak update apa-apa masa kakak di Makkah," tulisnya.
Menurut pelantun lagu ‘Sha Na Na’ itu lagi, terdapat banyak dugaan sepanjang dirinya mengerjakan ibadah haji namun dia berasa sangat bersyukur kerana Allat SWT telah memberikannya rezeki untuk bersama dengan jemaah lain yang sangat baik.
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
"Dugaan memang banyak tapi Allah SWT rezekikan kami bersama jemaah-jemaah yang sangat baik.
"Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua," tambahnya.
Perkongsian Amy itu mendapat pelbagai reaksi peminat, kebanyakannya memuji tindakan penyanyi itu yang tidak berkongsi sebarang perkembangan sehinggalah selesai ibadah.

BERITA TRENDING: Jemaah Baru Balik Haji Gayakan Busana 'Kelip-Kelip', Melaram All Out Turun Kapal Terbang!
BERITA TRENDING: Rumah Terbakar, Duit Simpanan Haji RM20,000 ‘Hangus’
BERITA TRENDING: Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."
BERITA TRENDING: Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji