Aksi jemaah haji Indonesia yang pulang ke Makassar baru-baru ini mendapat perhatian warganet ekoran menggayakan busana pelbagai warna dan berkelip-kelip sejurus sampai ke tanah air.
Mereka antara 450 jemaah haji kumpulan pertama yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin pada Ahad lalu.
Malah, jemaah yang kebanyakan terdiri daripada golongan wanita itu memakai busana khas dari suku Bugis dan Makassar. Ada yang berlabuci dan tidak kurang juga beropol-ropol.
Aksesori seperti barangan kemas dan hiasan manik berkilau turut dipakai mereka ketika disambut para staf dan keluarga.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pentas peragaan fesyen. Gaya mereka yang bersahaja begitu mencuit hati.
Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Haji Makassar, Ikbal Ismail, pihaknya memaklumkan jemaah yang memakai pakaian seumpama itu adalah adat penduduk setempat yang sering dilakukan oleh jemaah yang baru pulang daripada menunaikan haji.
“Saya tidak mampu melarang kerana ia adalah budaya mereka yang mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa mereka sudah menunaikan haji,” jelasnya.
Tonton video-video mereka di sini:
@ravidhams Jamaah Haji Bugis Makassar jii??#fypシ #tiktokindo #fypviral #fyp #fypage #jamaahhajiindonesia2022 #jamaahindonesia?? #jamaahhaji2022 #makassar #makassarinfo ♬ Tang Tang Tang Viral TikTok ( KEJU JOGET ) - Dj Choko
@ahmadfatwatjatier Kloter 01 Embarkasi UPG 2024 #hajj2024 #upg #makassar #bugis #bandarasultanhasanuddinmksssr #menyalaabangkuh? #fyp #fy #fypシ゚ ♬ Soundnya para Artis Fyp - Gapex DJ