"Duit Aku Bila Nak Bayar?" - Tuduh Aiman Hakim Ridza Dayus, Fathia Latiff Sound Bekas Kekasih di Instagram

Kamaruddin Razal
September 20, 2018 09:07 MYT
Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mengundang kontroversi apabila mendedahkan bekas kekasihnya, aktor Aiman Hakim Ridza tidak membayar hutangnya.
Menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram, Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan menggelarkan pelakon itu dengan panggilan dayus.
"Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected #rempitmodeon," tulis Fathia.
Walaubagaimanapun, Fathia menutup ruangan komen di entri tersebut. Selepas beberapa minit memuat naik foto Aiman, Fathia telah memadamkan entri terbabit.
Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman selama beberapa tahun tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.
#pelakon #Pelakon #Fathia Latiff #Aiman Hakim