"Duit Boleh Beli Segalanya, Tapi ...." - Siti Elizad

Rozaimi Zubaidi
September 20, 2018 07:46 MYT
Pelakon Siti Elizad mengakui dirinya sering mementingkan pekerjaan daripada meluangkan banyak masa bersama keluarga dan orang sekeliling.
Menerusi entri di Instagram (IG), Elizad menjelaskan apa yang dilakukan olehnya selama ini adalah satu kesilapan dan dia mula sedar dengan kesalahan yang pernah berlaku dulu.
"Hari itu masa sakit, saya tertanya kenapa mesti aku yang KAU pilih. Rasa sedih, rasa marah, semua rasa lah. Sebab tak boleh nak kerja (saya memang jenis kaki kerja tak berhenti). Rupanya DIA nak kita berehat sekejap.
"Apapun, betul kata orang,n“ Yes! money can buy everything but not happiness". Dalam sibuk dengan kerja, saya tak perasan, banyak sangat yang secara tak lansung saya ambil remeh. Kurang masa pada husband, family dan orang sekeliling. Sebab apa-apa pun mesti kerja Num 1.
"Until I awake from operation I realised my husband, families & semua kawan-kawan dan orang sekeliling yang sebenarnya boleh buat kita happy. Walau hanya borak-borak kosong. Now I appreciate more, walaupun small things.
"Hidup ni kalau kita happy dan bersyukur dengan apa kita ada, Allah pasti akan tambahkan lagi nikmat. Walaupun hanya benda yang kecil. Terima kasih sebab DIA pilih saya untuk ujian ini. Now I appreciate more life dan orang sekeliling," tulisnya.
Rata-rata mendoakan agar Elizad segera sembuh daripada sakit yang dihadapi dan dapat meluangkan masa yang ada bersama orang yang tersayang.
Sebelum ini, Elizad selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst sebesar 8 sentimeter dalam perut di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
#pelakon #Siti Elizad #Pelakon