Pelakon Datin Almy Nadia memanjatkan rasa syukur apabila keluarganya disahkan negatif COVID-19.

Almy memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Almy, dia melakukan ujian calitan atas dasar tanggungjawab terhadap masyarakat selain untuk memastikan keselamatan keluarganya.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T... Keputusan kami sekeluarga semua negatif. Lega sangat-sangat.

“Memang kami semua berjaga-jaga sebab kami ada anak kecil… Nyawa sangat-sangat penting. Duit boleh cari, nyawa tak boleh cari.

“Jadi kitorang terlalu berhati-hati dengan keadaan pandemik sekarang. Minta semua jangan takut buat ujian calitan. Buatlah atas rasa sayang pada diri sendiri dan sayang pada orang sekeliling kita,” tulisnya.

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)


Sementara itu, dalam posting yang lain Almy menjelaskan dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan suaminya, aktor Datuk Fizz Fairuz juga baru selesai menjalani penggambaran sebelum ini.

“Alhamdulillah kami gembira sangat-sangat sebab dah selesai buat ujian calitan COVID-19 atas rasa tanggungjawab nak jaga kesihatan sebab sebelum ini kan suami kami shooting, lepas itu anak-anak dah sekolah.

“Kami tak ada kontak rapat dengan pesakit positif. Jangan takut hampa semua untuk buat ujian calitan demi menjaga kesihatan,” coretnya.

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)