Selepas episod pertama Dukun Diva ditayangkan malam tadi, rata-rata penonton memberikan maklum balas positif.

Menerusi komen yang ditinggalkan warga net di media sosial ialah, mengenai jalan cerita dan sinematografi drama arahan Ariff Zulkarnain ini.

“Best dan seronoknya bila tengok Dukun Diva ni. Tak Sabar nak tunggu dan tengok episod seterusnya.”

“Dukun Diva is very entertaining and nice cinematography too.”

“Nak cakap satu je, aku suka episod pertama Dukun Diva. Color, setting, cinematography, storyline semuanya fresh. Eyka Farhana is such a girl crush…OMG!.”



Drama premium lapan episod ini menonjolkan barisan pelakon hebat seperti Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosemilla, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon dan Aloy Paradoks.

Menariknya lagi, Dukun Diva turut dihiasi dengan penampilan istimewa, antaranya pelakon terkenal daripada pelbagai latar seperti Che Puan Juliana Evans, Douglas Lim, Aziz M Osman, Sanjana Suri, Anas Ridzuan, Mat London, Fadhli Masoot dan Dee Al Hadi.

Adakah Che Yah berjaya mengambil hati anak saudaranya Lola? Adakah Che Yah berjaya lari daripada Abang Long dan menyelesaikan hutang-hutangnya?

Jangan lupa saksikan Dukun Diva episod kedua Isnin hadapan, jam 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.