Penyanyi yang terkenal dengan lagu runut bunyi, Ippo Hafiz kini sedang giat mengurangkan berat badan untuk kesihatan.
“Saya sudah mula bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan semenjak beberapa bulan lalu. Saya juga ke gimnasium dan bersenam di bawah pengawasan jurulatih kecergasan.
“Alhamdulillah, setakat ini saya sudah turun sebanyak 18 kilogram. Sebelum ini, berat badan saya adalah 120 kilogram dan sekarang berat badan saya sudah mencapai 108 kilogram.
“Saya mengurangkan berat badan untuk kesihatan dan menambah keyakinan apabila beraksi di atas pentas. Jika sebelum ini saya rasa tak selesa serta sering mengah-mengah dan semput, sekarang ia mula hilang selepas mengamalkan gaya hidup sihat,” kata Ippo.
Tambah pelantun lagu Kekal Bahagia ini, dia mahu mengurangkan lagi sebanyak 20 kilogram untuk mencapai berat badan ideal.
“Impian saya adalah untuk mencapai berat badan dalam lingkungan 80 ke 85 kilogram agar sesuai dengan tubuh badan serta ketinggian saya.
“Saya akan terus mengamalkan senaman dan aktif untuk mengeluarkan peluh. Insya-Allah, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya mahu capai sasaran tersebut,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Ippo sedang giat mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul Rahsia Tuhan.
Lagu tersebut menjadi salah satu lagu runut bunyi untuk drama bersiri Tiada Arah Jodoh Kita.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Mya Amri
Mon Mar 05 2018
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.