“Dulu 2 Kaki, Sekarang Dapat 4 Kaki...”- Zed Zaidi Timang Bayi Kembar

Syafiqah Jalal
Jun 18, 2019 09:46 MYT
Pelakon Zed Zaidi melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Natalia Mustafa selamat menimang anak kembar.
Berita gembira itu dikongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki, rezeki Allah nak bagi... syukur!” Tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Zed turut memuat naik foto dua orang bayinya itu dengan ‘sticker’ menutupi wajah mereka.
Ia merupakan kelahiran kedua bagi pasangan tersebut selepas dikurniakan anak lelaki Ryan Zikry tujuh tahun lalu.
Zed dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya serta rakan-rakannya yang mendoakan segala urusan dipermudahkan.
#pelakon #Anak #Kembar #Zed Zaidi #Pelakon #Bayi