Penyanyi Khai Bahar menunjukkan bakat menarinya dalam muzik video single terbaru berjudul Hati Nyawa.

Menurut Khai, dia pernah menari sekitar tahun 2014 tetapi hanya untuk tujuan suka-suka.

“Saya pernah menari dulu tapi seronok-seronok je. Buat cover lagu, menari dan buat video. Tak tahu mana pergi dah video tu.

“Untuk muzik video ni, memang saya beri komitmen untuk menari dari awal sehingga habis lagu,” ujar Khai lagi.

Tambah Khai lagi, lagu terbaru ini mencabar dirinya dan ia lain daripada lagu yang pernah dibawanya sebelum ini.

“Lagu berentak rancak ni memang memerlukan saya 100 peratus menari. Sebelum ni saya selalu bawak lagu balada, lagu sedih dan kalau ada lagu rancak pun tidaklah terlalu fast macam lagu ni,” jelasnya lagi.



Dalam pada itu, Gempak TV sempat menemubual pelakon dan penyampai radio Siti Elizad yang berkongsi pengalaman pertamanya menjalani proses IVF.

Selain itu, penyampai radio Daniel dan pelakon baru Nynaa dan Yaya turut diundang bagi mempromosikan drama siri terbaru mereka, Family Spy yang akan mula bersiaran pada 11 Mac ini di Astro Ceria dan Ceria HD (saluran 611 dan 631).

Justeru, bagi mengetahui lebih lanjut cerita mereka, jangan lupa saksikan Gempak TV yang dikendalikan pengacara, Isha Norsham dan Daniel O’Niel pada pukul 11 malam ini.

Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com.