Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Dulu C-Sect, Yang Kedua Pun Masih Breech” – Hafizul Kamal Mohan Doa, Isteri Teringin Bersalin Normal

Mya Amri 22/11/2019 | 09:57 MYT
Pelakon Hafizul Kamal mendedahkan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim menyimpan hasrat bersalin secara normal untuk anak kedua mereka.
Hafizul berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru diakaun Instagram semalam.
Hafizul yang juga merupakan pelakon filem PASKAL The Movie ini juga berharap agar peminat dapat mendoakan isterinya
“Masa @raisyaamanda__ dulu c-sect… Yang 2nd ni pun masih breech lagi at 35 weeks. Mieja teringin nak bersalin normal.
“Kalau tak keberatan saya minta tolong doakan Mieja dapat merasa bersalin normal. Amin,” tulisnya.

Masa @raisyaamanda__ dulu c-sect.. yang 2nd ni pun masih breech lagi at 35 weeks..Mieja teringin nak bersalin normal.. kalau tak keberatan saya minta tolong doakan Mieja dapat merasa bersalin normal.. ? Amin..

A post shared by Pijot (@hafizulkamal) on

Terdahulu, Hafizul dan Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.
#pelakon #Pelakon #Hafizul Kamal
;