“Dulu Datang Sebab Nak Baby, Check Hormon Pun…” – Yana Samsudin Syukur Anak Dalam Kandungan Sihat
Mya Amri
05/11/2020 12:35 MYT
05/11/2020 12:35 MYT
Penyanyi dan pelakon Yana Samsudin bersyukur anak dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.
Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Yana memberitahu dia bertemu doktor untuk mengambil suntikan mulvitamin sebagai persediaan bersalin.
“Last day Yana drip untuk boost kan multivitamin sebelum bersalin nanti. Terima kasih Dato Dr Nora & the team, jaga Yana sejak sebelum dapat @aisymateen lagi.
“Lima tahun dulu datang klinik sebab nak baby, simple je Datuk cakap, you kena cukup "rehat" tak boleh overwork dan stress, makan supplement yang cukup. Insya-Allah mudah dapat baby,” coretnya.
Dalam pada itu, Yana juga turut menitip doa buat mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat agar dipermudahkan urusan.
“Check hormon pun kat sini… Alhamdulillah sekarang tunggu anak kedua pula. Buat korang kat luar sana yang berusaha untuk dapatkan baby, Yana doakan korang semua dipermudahkan urusan. Insya-Allah usaha dan doa,” tulisnya.
BACA: Pernah Dua Kali Gugur, Anak Yana Samsudin Orang Pertama Tahu Pasal Kandungan
Terdahulu, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.
Dalam perkembangan terkini, pemilik nama Norliana Samsudin merupakan peserta ketiga tersingkir dalam program The Masked Singer Malaysia.
BACA: "Juri Kalah Sebab Tak Dapat Teka" - Penonton Gembira ABC Adalah Yana Samsudin Dalam The Masked Singer Malaysia
The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.