Bulan lalu, kerajaan telah mengambil inisiatif drastik apabila menempatkan gelandangan di sebuah dewan di ibu kota.

Penempatan itu susulan daripada penularan wabak COVID-19.

BACA: Kalau Di Amerika Syarikat Gelandangan Diletakkan Di Parkir Kereta, Namun Malaysia....Syukurlah!

Namun, dalam pada orang ramai memuji usaha murni tersebut, ada juga yang tertanya apakah yang akan terjadi pada gelandangan ini sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Terbaru, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa telah memuat naik satu posting yang memaparkan proses taklimat berkaitan temu duga gelandangan.

"Saya amat bersyukur mereka sahut seruan saya untuk memulakan hidup lebih baru.

"Semoga dengan berkat Ramadan kita semua beroleh keampunan dan keredaan Allah swt," katanya.

Perkara itu sekali gus menjawab persoalan dan pertanyaan orang ramai berhubung isu tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji usaha untuk menjaga kebajikan gelandangan dengan cara yang lebih berkesan.

Kebanyakan mereka berpendapat golongan ini masih mempunyai kudrat untuk bekerja, namun telah dipinggirkan oleh kebanyakan majikan.