“Dulu Ingat Macam Bad Genius, Lepas Tengok...Ok Aku Tarik Balik” - Ramai Buat U-Turn Lepas Tonton Episod 1 Projek: Anchor SPM!
Hanafis Haris
18/03/2021 07:41 MYT
18/03/2021 07:41 MYT
Tayangan episod pertama drama bersiri premium Projek: Anchor SPM nampak gayanya telah membuatkan sesetengah penonton menarik balik dakwaan mengatakan ia meniru filem Bad Genius.
Rata-rata mereka setuju jalan cerita ditampilkan dalam Projek: Anchor SPM sangat berbeza dengan filem serta drama daripada Thailand itu.
Kebanyakan mereka juga akui kesemua teori itu tercetus dengan hanya melihat trailer awal semata-mata.
“Actually masa mula tengok trailer, memang ingat tiru Bad Genius. Bila lama-lama dah tengok, memang tak sama langsung.
“Sebab apa yang lead mereka nak meniru berbeza. Drama ini nak tunjuk bagaimana struggle pelajar dapat keputusan SPM, desakan mak ayah, so berbaloi nak layan,” tulis seorang pengguna Facebook (FB).
“Sorry la sebab kata macam Bad Genius, ok aku tarik balik. Memang beza ya, lebih kepada zaman sekolah asrama dulu-dulu. Tiup lampu sampai padam tu kenangan ya,” tulis seorang lagi pengguna FB.
“Storyline jauh betul beza, standard la meniru semua sekolah ada, ingat Thailand je ke,” tulis pengguna FB dikenali sebagai Izzmeer.
Pengarah Projek: Anchor SPM menafikan drama bersiri premium terbaru itu diinspirasikan daripada karya Thailand, Bad Genius.
Menurut Razaisyam Rashid, drama Astro Originals itu 100 peratus berbeza dan ia bukanlah daripada kisah benar.
“Sebaliknya ia lebih kepada tindakan menipu secara rawak oleh pelajar sekolah menengah selama ini.
“Malah, drama ini berlatar belakang tahun 2003 ketika pelajar masih tiada akses kepada internet.
“Lagipun, isu pelajar meniru ketika peperiksaan berlaku di seluruh dunia,” katanya.
BACA: “Projek: Anchor SPM Tak Tiru Bad Genius” - Pengarah Perjelas Kekeliruan Ramai!
Untuk rekod, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.
Untuk pilihan alternatif, penonton juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw