gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Cold Sores Bukan Sebab Telur Masam!” – Dr Say ‘Sound’ Pempengaruh Isu Herpes, Tegur Konten Mengaibkan
HIBURAN
Siap ‘Angkut’ Siti Nurhaliza Naik Pentas, Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti Beri Kenangan Manis Buat Peminat
HIBURAN
Ada ‘Cable Besar’ Bukan Jalan Mudah Anak Ahmad Idham Untuk Ceburi Bidang Lakonan - “Walaupun Dia Bapa Saya Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Dulu Melawak Kasar Tak Jadi Isu, Sekarang Melawak Sikit Terus Jadi ..." - Suami Kieda Crepe

gempak
Amri Hassan
24/06/2025
04:25 MYT
Sponsor Banner
"Dulu Melawak Kasar Tak Jadi Isu, Sekarang Melawak Sikit Terus Jadi ..." - Suami Kieda Crepe
Suami kepada pempengaruh dan usahawan sensasi Kieda Crepe iaitu Hilmi Zaki tampil berkongsi luahan hatinya di Instagram Stories.
Dalam nukilannya, Hilmi akui biarpun kehidupan mereka sudah lengkap namun ada bahagian yang terpaksa ditayangkan dalam kepura-puraan.
"Kehidupan kita semuanya dah lengkap. Adakalanya kita terpaksa untuk menjadi fake di media sosial ni, sayang.
"Dulu lain, sekarang lain. Dulu melawak lebih kasar tapi tak dijadikan isu. Sekarang melawak sikit terus jadi tajuk dan membuka tapak untuk orang mengata pada kita," tulisnya.

BACA SINI: Kieda Crepe Terus Tuai Kontroversi, Tayang Gambar Peluk Suami Dengan Kapsyen 'My Loqshamm'

BACA SINI: Kieda Crepe Buat Luahan Hati, Lagi Suka Jadi Diri Sendiri Dari Berpura - “Melawak Cara Sendiri Orang Terasa, Susahnya Jadi Seketul Kieda”

BACA SINI: Isu Herpes, Suami ‘Back Up’ Kieda Crepe - “Bini Aku Buat Apa Yang Gelabah Sangat Ni, Konten Sekadar Hiburan”

BACA SINI: Cakap ‘Telur’ Suami Masam, Netizen Tegur Kieda Crepe - “Nampak Bangga Dapat Herpes…”

Menurut Hilmi, dia dan isteri tidak pernah berniat untuk mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi mangsa kecaman hanya kerana persepsi luar terhadap kehidupan mereka.

“Allah hadirkan rezeki dan masa yang sama, Allah hadirkan ujian sakit untuk kita. Sabar, proses kita masih panjang. Kehidupan kita harus diteruskan.
"Saya sayang kamu. Saya sayang sangat. Tapi… apa yang saya selalu bisik pada telinga kamu, ambillah untuk kebahagiaan kamu dan kebahagiaan kita bersama," tambahnya.
Hilmi mengulang siar hantaran yang sebelum itu dimuat naik oleh Kieda yang memohon maaf tidak dapat menjadi isteri terbaik buat Hilmi.
"Tempat tertinggi dalam doaku selain Mama Abah adalah suamiku. Semoga syurga tanpa hisabmu nanti, sayang. Allah lindung selalu.
"I'm sorry tak dapat jadi wife yang selalu membanggakan seperti wife orang lain. Saya banyak kurang," tulis Kieda.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila Kieda mendedahkan bahawa dirinya dijangkiti herpes dan secara berseloroh menyatakan ia berpunca daripada ‘telur masam’ suaminya.
Susulan menerima kecaman hebat, suami kepada usahawan itu tampil mempertahankan isterinya dengan menjelaskan bahawa perkongsian tersebut hanyalah sekadar kandungan hiburan dan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan mereka.
Topic Berkaitan
#Viral
#Melawak
#Intim
#Kieda Crepe
#Herpes
#Hilmi Zaki
Must-Watch Video