HIBURAN
Kieda Crepe Buat Luahan Hati, Lagi Suka Jadi Diri Sendiri Dari Berpura - “Melawak Cara Sendiri Orang Terasa, Susahnya Jadi Seketul Kieda”
Usahawan kontroversi, Kieda Crepe sekali lagi menjadi perhatian selepas membuat luahan hati mengenai cabaran bergelar figura awam.
Kecewa jadi sasaran netizen
Kieda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra akui kecewa apabila dirinya sering menjadi sasaran kecaman netizen.“Buat baik orang kata, buat jahat lagi dikata. Melawak cara sendiri orang terasa, melawak cara orang kita terima. Susahnya jadi seketul Kieda,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Herpes, Suami ‘Back Up’ Kieda Crepe - “Bini Aku Buat Apa Yang Gelabah Sangat Ni, Konten Sekadar Hiburan”
ARTIKEL BERKAITAN:Kieda Crepe Guna Perkataan ‘Bahan Affordable Tapi Mahal’, Netizen Keliru; “Maksud Affordable Tu Mampu Milik…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata Dia…” - Netizen Luah Rasa Menyampah Selepas Kieda Crepe Kritik Cara Pakaian Dua Lelaki Mandi Kolam
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Kongsi Berita Hamil Terlalu Awal Punca Gugur, Kieda Crepe Menangis - “Bukan Saya Minta..."
Pilih jadi diri sendiri
Bagaimanapun, kata Kieda, dia tetap memilih untuk menjadi diri sendiri dan tidak berpura-pura demi orang lain.“Semoga terus jadi diri sendiri, tak fake, tak bertalam dan tak makan kawan walaupun ada yang tidak menyukai. “Jadi diri sendiri, buruk diri sendiri. Selagi saya tak burukkan orang lain, selagi tu saya tak ada masalah dengan orang lain,” coretnya.
Terdahulu, Kieda mendedahkan dirinya mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Must-Watch Video