VIRAL
"Dulu Melawak Kasar Tak Jadi Isu, Sekarang Melawak Sikit Terus Jadi ..." - Suami Kieda Crepe
Suami kepada pempengaruh dan usahawan sensasi Kieda Crepe iaitu Hilmi Zaki tampil berkongsi luahan hatinya di Instagram Stories.
Dalam nukilannya, Hilmi akui biarpun kehidupan mereka sudah lengkap namun ada bahagian yang terpaksa ditayangkan dalam kepura-puraan.
"Kehidupan kita semuanya dah lengkap. Adakalanya kita terpaksa untuk menjadi fake di media sosial ni, sayang.
"Dulu lain, sekarang lain. Dulu melawak lebih kasar tapi tak dijadikan isu. Sekarang melawak sikit terus jadi tajuk dan membuka tapak untuk orang mengata pada kita," tulisnya.Menurut Hilmi, dia dan isteri tidak pernah berniat untuk mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi mangsa kecaman hanya kerana persepsi luar terhadap kehidupan mereka.
Dalam nukilannya, Hilmi akui biarpun kehidupan mereka sudah lengkap namun ada bahagian yang terpaksa ditayangkan dalam kepura-puraan.
"Kehidupan kita semuanya dah lengkap. Adakalanya kita terpaksa untuk menjadi fake di media sosial ni, sayang.
"Dulu lain, sekarang lain. Dulu melawak lebih kasar tapi tak dijadikan isu. Sekarang melawak sikit terus jadi tajuk dan membuka tapak untuk orang mengata pada kita," tulisnya.