Pelakon dan hos, Norman Hakim berasa gembira dapat bertemu Datuk Awie dan Erra Fazira di studio rakaman Mingguan Wanita baru-baru ini.

Menurut Norman, dia pernah mengejar dua artis popular itu untuk bergambar dan mengambil autograf suatu ketika dahulu.

"Dulu pernah berkejar nak bergambar dan minta autograf hero dan heroin Sembilu ini. Alhamdulillah hari ini dapat bergambar sebelah dan bekerjasama sekali.

"Pernah Allah beri peluang jadi hero kepada heroin filem Sembilu ini dalam filem Pasrah.

"Cepat betul masa berlalu, betul, Allah tak akan ubah nasib seseorang kalau kita tak berusaha untuk mengubahnya. Peringatan pada diri sendiri supaya sentiasa sedar asal usul dan dari mana kita pernah bermula," tulis Norman di laman Instagram.



Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Norman di ruangan komen.

Rata-rata mereka gembira melihat pertemuan tiga bintang itu dan berharap agar mereka muncul berlakon bersama.

Dulu pernah berkejar nak bergambar & mintak autograf dua2 hero & heroin SEMBILU ni.Alhamdulillah hari ni dpt bergambar sebelah2 & bekerjasama sekali.Pernah Allah beri peluang jadi hero kpd heroin filem SEMBILU ni dalam filem PASRAH . . How’s time flies.Betul,Allah takkan ubah nasib seseorang kalau kita tak berusaha utk mengubahnya.Peringatan pada diri sendiri supaya sentiasa sedar asal usul & dari mana kita pernah bermula.Tq for tis moment.Love both of u Dato’ @awieofficial & my buddy @errafazira ❤️ . . Jangan lupa tengok Konsert Romantika both of them nanti k pd 15/2/2020 jam 8pm Stadium Malawati,Shah Alam.Utk tiket boleh layari www.myticket.asia atau call 0386050195!??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Siaran langsung Mingguan Wanita berdurasi 60 minit dan bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi di Astro Prima (105) dan Prima HD (121)

Untuk pilihan fleksibel, Mingguan Wanita boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan on demand.