"Dulu Setakat Bergambar, Sekarang Minta Selebriti Pegang Produk Untuk Promosi" Sharifah Sakinah 'Basuh' Netizen

Badrul Hashim
Disember 14, 2018 01:49 MYT
Zaman semakin berubah dengan berubahnya teknologi.
Menurut pelakon Sharifah Sakinah, kalau dulu peminat berjumpa selebriti mereka akan minta autograf. Kemudian teknologi berubah bila telefon sudah ada kamera sendiri dan mereka mula mahu bergambar.
Cuma kini ada segelintir netizen yang lebih berani apabila meminta selebriti memegang produk jualan mereka dan mempromosikannya.
Menurut Sakinah, isu ini menjadi sukar buat selebriti. Pada satu tahap, susah untuk menolak kerana ada ketika mereka ingin membantu perniagaan netizen tersebut tetapi jika selebriti tidak mahu, mereka pula dilabelkan sebagai sombong.
Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut menerangkan tentang risiko yang tinggi hanya pada sekeping gambar.
"Peminat boleh suka hati print banner, post IG, FB ad dan buat dakwaan kononnya kami endorse produk mereka. Nampak macam harmless tapi tidak.
"Mereka boleh claim macam-macam dengan gambar tersebut dan ini boleh mengelirukan pembeli," tambah beliau lagi.
"You see endorsing product is one of the celeb's income. Kami perlu menjaga imej, eksklusiviti dan tahu which product we signed on, takut jugak kalau produk tu menipu kan.
Tulis Sakinah lagi, pihak selebriti berkemungkinan boleh disaman jika produk daripada gambar tersebut mempunyai konflik dengan produk yang mereka dibayar untuk mempromosikannya.
"Untuk video ini, produk yang dijual tidak sama dengan apa yang saya percayai, Saya anti merokok dan anti vape, tetapi peminat ini tetap meminta saya ambil gambar. Susah nak cakap tidak lah," tulis Sakinah pada video yang dimuat naik ke Instagram beliau.
Sharifah Sakinah berharap ini akan menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga supaya tidak menggunakan gambar dan video selebriti tanpa kebenaran.
#pelakon #Sharifah Sakinah #Pelakon