Berita
"Dulu Tak Ada Orang Nak Jaga, Sekarang ....." - Pekin Ibrahim Akui Kehidupan Lebih Terurus
Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim mengakui kehidupannya lebih terurus selepas mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Mona Allen.
Menurut Pekin, dia berasa hidupnya semakin lengkap apabila kini ditemani oleh isterinya.
"Alhamdulillah, banyak perubahan yang terjadi dalam hidup saya selepas mendirikan rumah tangga.
"Saya rasa hidup lebih lengkap sekarang kerana dulu tak ada orang nak jaga dan sekarang ada orang jaga makan dan pakaian kita.
"Apabila dah hidup berpasangan kini kami harus saling bantu-membantu dalam menguruskan semua perkara," katanya kepada Gempak.
Pekin berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia (FFM30), di Putrajaya, baru-baru ini.
Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen dan Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim selamat bernikah pada 7 Disember tahun lalu.