,
Filem

”Dulu Tangkap Polis, Sekarang Jadi Dukun” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Sisi Lain Zul Ariffin Dalam Don Dukun

Khairil Khusyairi
24/09/2024
05:55 MYT
Selepas menjadi seorang polis dalam Sheriff, kini aktor Zul Ariffin bergelar seorang dukun pula. Biar betul?
Sebut sahaja nama Zul Ariffin pasti ramai yang mengenali aktor bertubuh sasa itu. Berilah apa sahaja watak pasti semuanya menjadi.
Menampilkan sisi berbeza, Zul bakal muncul dalam filem komedi Don Dukun yang akan menemui penonton tak lama lagi. Tak sabarnya nak tengok sisi lain Zul!
Malah peminat Zul juga tidak sabar menantikan kemunculan aktor kesayangan mereka itu.

“Lain macam dukun yang keluar kali ini, sado semacam, dukun selalu gim ni,” komen peminat.

“Sheriff polis tangkap polis, Arif dukun tangkap hantu,” tulis peminat teruja.
“Aik Sheriff tukar kerjaya ke? Jadi dukun pula,” komen peminat.

“Sumpah aku tak sabar nak tengok cerita ni sebab nak tengok Abe Zul bawa watak kelakar ni,” luah peminat.

Sinopsis

Seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.
Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.
Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.
Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.
Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.
Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.
Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.
Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya. Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila.
Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.
Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.
Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kena Tipu, Bertentangan Dengan Akidah…. Sudah Tiba Masa Bomoh Dan Dukun Didakwa

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

ARTIKEL BERKAITAN: Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sanggup ‘Terbang’ Sekali Seminggu Untuk Kelas Berlakon, Syamim Freida Syukur Terima Tawaran Filem Produksi Indonesia - “Ini Untuk Growth Saya..”

gempak
23/09/2024
11:55 MYT
Sempena 10 tahun dalam industri seni, pelakon, Syamim Freida sanggup ‘terbang’ ke negara seberang demi menimba ilmu lakonan.
Filem

Ramai Kena Tipu, Bertentangan Dengan Akidah…. Sudah Tiba Masa Bomoh Dan Dukun Didakwa

gempak
23/09/2024
04:55 MYT
Percaya kepada bomoh dan dukun bukan fenomena baru di Malaysia. Sebelum merdeka umat Islam sudah bergantung kepada kepercayaan syirik, tahayul, mistik dan tradisi kuno yang bertentangan dengan akidah Islam.
Hiburan

Filem Masyarakat Kelabit 'Tegkang' Menang Lift-Off Sessions, Bakal Bersaing Di London!

gempak
22/09/2024
10:53 MYT
Tegkang, sebuah filem Malaysia yang mengisahkan kehidupan di dataran tinggi Bario, Sarawak, telah dipilih sebagai pemenang sesi untuk Anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik di First-Time Filmmaker Showcase, sebahagian daripada acara berprestij Lift-Off Sessions.
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.